Kisah sebelum ini:
Sebuah kapal minyak Malaysia telah ditawan lanun Somalia. Eorang pegawainya dijadikan tebusan. Perisikan Malaysia berjaya menembusi sarang lanun di sebuah bandar kecil dan menyelamatkan mangsa. Namun, segalanya belum selamat…

Merca, Somalia

>JALAN! Jalanlah! pekik Jeffri.
>Tunggu dulu! jawab Normala yang menjadi pemandu.

> Jalan!” ujar Jeffri seraya menggagau stering.
Normala menepis tangan lelaki itu lalu merenung Jeffri.
>Seminit lagi! Kita tunggu Fariz! bantah Normala.

>Okay! Go! Go! Go! ujar Fariz sambil melompat ke belakang jip.
Ketiga-tiga mereka menoleh ke arah Fariz. Tidak sedar sejak bila Fariz sampai. Seketika sahaja jip itu sudah memecut meninggalkan markas Bad Holac.

>KAU tau jalan? soal Jeffri.
>Tak tau! jawab Normala.

>Habis, kita ke mana ni?
>Baraawe!

>Tadi kata, tak tau jalan! Loyar buruk!
>Saya tau, bila tengok kat sini… katanya seraya mengunjuk fonselnya.

Sambil memandu, Normala memandang fonsel yang terlekap di papan pemuka. Skrinnya memapar koordinat di mana mereka berada. Panah kecil berwarna merah menunjukkan arah yang harus dilalui.

Fonsel yang menggunakan sistem MAGNAS atau Malaysian Global Navigation System menggunakan pemantauan yang tidak dapat dipintas oleh GPS kepunyaan Amerika.

>Saya jugak tengok kat atas tu! jawab Normala.

Jeffri mendongak. Fariz dan Rauzah pun berbuat begitu. Melihat Sang Cenderawasih yang jauh di langit. Hanya titik putih yang berkilau kelihatan oleh mata kasar. Bagai burung cenderawasih yang terbang di angkasaraya.

Ibupejabat Extron, Houston, Amerika

ABRAM William menumbuk meja. Ketua Pegawai Eksekutif Extron itu tidak boleh menerima hakikat usahanya untuk mensabotaj Malpetro tidak semudah yang dijangkakan.

Apa yang dimahukan hanya melewat-lewatkan perjanjian kerjasama di antara syarikat minyak Malaysia itu dengan kerajaan Kwanza.

Bila dia mendapat tahu kapal Lancang Kuning kepunyaan Malpetro itu dirampas lanun Somalia yang diketuai oleh Wehliye, Abram mengambil kesempatan untuk menawarkan ganjaran yang berlipat kali ganda lebih besar kepada Wehliye agar Ketua Pengarah Operasi Malpetro, Datuk Rauzah Karman ditahan dan dibawa menemuinya.

>Helo, Rock Robson! ujar Abram William sebaik sahaja panggilannya diangkat di hujung talian.

>Ya, William!
>Kau dah tahu apa yang aku dah tahu? tanya Abram.

> Aku sedang pantau mereka. Aku akan pintas bila tiba masanya. Serahkan pada aku, aku tahulah apa nak buat! jawab Rock Robson.

>Aku mahu tahanan itu ditangkap hidup-hidup! Abram memberi peringatan.

>Itu masalah kecil. Ini kerja Gruesome Force. Semuanya beres! Kau tunggu! jawab Rock.

*Bersambung…

Klik  butang di bawah untuk Whatsapp terus kepada Layar Minda Publications dan dapatkan novel GERAK GEMPAR sekarang! No telefon 60192632021

 

PESAN SEKARANG