Kisah sebelum ini:
Sebuah kapal minyak Malaysia telah ditawan lanun Somalia. Pegawainya, seorang wanita menjadi tawanan. Biro Risikan Negara telah mengesan kedudukan markas rahsia lanun di sebuah bandar di Somalia. Operasi menyelamat pun dilancar kerajaan Malaysia!

Sel Operasi BISIK, Merca, Somalia

*BOS! Tengok skrin!*

Tuan Aziz menoleh seketika bila namanya diseru. Memandang Suren yang mencantumkan ibu jari dan jari telunjuknya membuat isyarat ‘okey.’

Dia lantas memandang skrin komputer di hadapannya. Cahaya hijau kelihatan berkelip-kelip dari lokasi markas Bad Holac. Isyarat menandakan Rauzah sedang dibawa keluar. Tuan Aziz menekan butang hijau di sisi komputernya untuk berkomunikasi dengan PM di Putrajaya.

>Datuk Seri… we are ready! Tuan Aziz menyampaikan maklumat kepada Perdana Menteri yang berada di Bilik Gerakan, Majlis Pertahanan Negara di Putrajaya, Malaysia.

Sebaik sahaja PM mengizinkan permulaan operasi, Tuan Aziz menadah tangan dan berdoa kepada Yang Maha Esa agar semuanya berjalan lancar dan sempurna.

KD Haruan, Lautan Hindi, 60 batu nautika dari Somalia

KAPTEN kapal frigat Tentera Laut Diraja Malaysia yang berlabuh sejak tiga hari lalu menerima isyarat BISIK. Dia segera mengarahkan anak kapalnya melepaskan Sang Cenderawasih.
Sang Cenderawasih adalah unmanned arial vehicle(UAV) ataupun dron.

Ia dilepaskan sebagai alat pemancar isyarat memantau pergerakan mereka yang terlibat dalam Operasi Sambar. Dalam keadaan terdesak ia mampu melancarkan peluru berpandu yang tersisip di bawah sayapnya.

Dron ini boleh menghantar isyarat dan imej yang beresolusi tinggi. Seketika sahaja Sang Cenderawasih berdesup melepasi awan menghala ke daratan Somalia.

Seluruh pergerakan Ops Sambar itu dapat ditonton dengan jelas oleh Perdana Menteri di Bilik Gerakan Majlis Pertahanan Negara, Putrajaya.

Bersambung…

Klik  butang di bawah untuk Whatsapp terus kepada Layar Minda Publications dan dapatkan novel GERAK GEMPAR sekarang! No telefon 60192632021

 

PESAN SEKARANG