Kisah sebelum ini:
Sebuah kapal minyak Malaysia telah ditawan lanun Somalia. Perdana Menteri telah gerakkan operasi menyelamat. Ops Sambar mula dilancar dengan taktik penuh muslihat.

Markas Bad Holac, Merca

JEFFRI melangkah pantas menuju ke sebuah kawasan perumahan dua tingkat. Fariz dan Normala mengekorinya. Jeffri kelihatan bercakap sesuatu dengan pengawal di pintu masuk. Bila pintu terbuka, Jeffri menyelinap ke dalam.

+Macam mana nak masuk kat rumah itu, kak? tanya Fariz perlahan.
-Kita pakai trick lama!
+Trick lama? tanya Fariz lagi.

Normala tidak menyahut. Sebaliknya dia mengambil gincu dari poketnya. Mulut Fariz membentuk huruf ‘O’ lantaran teringat apakah yang Normala maksudkan sebagai trick lama itu.

Seketika kemudian, Normala melangkah perlahan persis seorang model. Kemunculannya menarik perhatian si penjaga pintu. Lelaki mana yang tidak terpikat dengan wanita comel ini?

-Hi sapa Normala dengan suara yang menggoda. Senyumannya dileretkan.

Lelaki penjaga pintu itu nampak terpinga-pinga. Namun, dia tidak tersengih untuk membalas senyuman Normala. Memang dia amat berhati-hati dengan godaan yang muncul secara tiba-tiba ini. Ejen wanita itu pula tidak putus asa.

-Abang… saya orang baru kat sini. Mana jalan ke pasar? Saya kena ikut jalan ke sebelah kanan atau sebelah kiri? kata Normala seraya mendepangkan tangannya ke kiri dan ke kanan. Sengaja bergaya dengan melentikkan tubuhnya.

– Atau saya terus ke depan? katanya lagi seraya menunjukkan arah dengan memuncungkan bibirnya yang merah.

Lelaki si penjaga pintu yang memakai singlet itu meneguk liurnya. Dia mula tersengih seraya memandang Normala dari atas ke bawah.

>Kalau aku tunjukkan jalan, boleh kau tolong aku? soal lelaki itu. Sekali lagi dia meneguk liur. Normala nampak halkum lelaki itu bergerak-gerak. Dia tersenyum lagi. Mengagak yang lelaki itu mula tergoda dengn keletahnya.

-Terserahlah pada abang… abang nak apa? tanya Normala lagi seraya menjeling lalu menghampiri lelaki itu.

Sekali lagi lelaki itu meneguk liurnya lalu tersengih. Matanya membulat memandang Normala. Ejen wanita itu pula, mulai geram.

-Dasar Jantan miang! Kalau kau rapat, halkum engkau tu akan pecah terkena tendangan aku, ni, kata Normala di dalam hati.

>Okey… okey… kalau saudari nak ke pasar… terus jalan ke depan. Bila sampai ke bukit, ikut jalan kiri. Nanti nampak pasar.

-Oh, terima kasih… jawab Normala.
Dia berkira-kira melangkah perlahan untuk mengalih perhatian lelaki itu dari Fariz yang kini sedia untuk membolos ke dalam rumah itu.

>Hei… awak dah lupa nak tolong saya!
Normala menoleh, lantas menghampiri lelaki itu.

-Oh, saya terlupa. Abang nak apa? tanya Normala perlahan. Namun dia bersedia untuk bertindak andainya lelaki itu cuba menyentuhnya.

>Err…” lelaki itu meneguk liurnya lagi. >Err… saya ni haus. Bila sampai kat pasar, dapatkan saya sebotol jus mangga dekat kedai buah. Kedai itu pakcik saya yang punya. Minta saja pada pakcik kat situ. Katakan ia untuk Kandiya, anak saudaranya. Dia pasti akan beri percuma! Err… boleh tak?

Normala terkelip-kelip memandang lelaki itu. Tidak sangka, patutlah lelaki yang asyik meneguk liur sambil memandangnya sebentar tadi. Bukannya dia menelan liur kerana tergoda. Tapi, memang kerana dia benar-benar haus!

Mata Normala lantas menjangkau ke hala pintu rumah itu. Ternampak kelibat Fariz yang sudahpun membolos ke dalam. Sambil menggamit tangannya, Normala melangkah pantas meninggalkan lelaki itu.

Kali ini, langkahnya tidak lagi dengan gaya melenggok lagi. Sudah tak perlu! Kerana itu Normala akan ke pasar untuk mendapatkan jus mangga untuk lelaki itu. Kasihan, dia!

*Aku jalan-jalan!
Abdool mengangkat kepala. Memandang Jeffri.

Mata Jeffri mencerlang. Tidak menyangka ke situ pula agakan Abdool bila Jeffri menghilangkan diri.

*Aku tak ke tempat macam itu la. Aku jalan-jalan cari makan aje.
Abdool tersenyum. Jeffri tahu, itu senyuman tidak percaya Abdool kepada jawapannya.

*Ke mana? Jeffri memancing soalan.
<Kwanza! jawab Abdool tanpa mengangkat kepalanya.

Jeffri bergegas keluar menuju ke sebuah bilik kecil di bahagian belakang pejabat itu. Di sana, ada sebuah pili kecil untuk mengambil wuduk. Usai mengangkat wuduk, Jeffri menyelinap masuk ke bilik kecil itu.

Sebelum mengangkat takbir, dia mengirim maklumat terkini ke bilik operasi BISIK yang tidak jauh dari tempatnya berada.

Klik  butang di bawah untuk Whatsapp terus kepada Layar Minda Publications dan dapatkan novel GERAK GEMPAR sekarang! No telefon 60192632021

 

PESAN SEKARANG