KARYA norden mohamed

GERAK GEMPAR

SEBUAH NOVEL AKSI

SEBUAH kapal minyak Malpetro Malaysia yang dalam pelayaran dari Kwanza ke Kenya telah diserang sekumpulan lanun Bad Holac. Semua anak-anak kapalnya ditawan. Kerajaan Malaysia pula melancarkan Ops Sambar bagi menyelamatkan semua anak-anak kapal.

Fariz Zafar, perisik Biro Risikan Negara bertindak menjejak dalang insiden ini. Apabila kedua-duanya bertentang mata, apakah percaturan masing-masing? Apa helah Fariz bila bertembung dengan syaitan yang bertopengkan manusia ini?

penulis dan konsultan

Norden Mohamed

NORDEN MOHAMED dilahirkan di Mersing, Johor pada tahun 1957. Setelah menamatkan pelajaran sekolah di Sekolah Menengah Sri Mersing, beliau melanjutkan pelajaran di ITM (kini UiTM) dalam bidang Senireka Perusahaan. Hobi utama beliau ialah membaca. Eyman mengamalkan tabiat membaca sebuah buku sebulan. Beliau membaca apa jua bahan terutamanya psikologi, agama, perniagaan, falsafah, pengiklanan, pemasaran, komik dan tentunya novel. Hampir kesemua buku yang dibacanya pula diulangbaca sekurang-kurangnya sekali. Kata-kata hikmatnya ialah, “Don’t be Jack of all trades and a master of none, BUT BE, Jack of all trades and a master of one!”

Buku-Buku Lain

Meniti Maut

Detik Debar

Maaf Cakap

Maaf Cakap 2